ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH!!!!!

SEMOGA HIDUP KITA SENTIASA DIBERKATI ALLAH

Nov 16, 2013

MENCARI BLOG YANG HAMPIR DILUPAKAN

Rasanya teramat lama tak melawat blog. Sejak bertukar sekolah dan kesibukan tugas menyebabkan blog hampir dilupakan. rasanya kalu rumah dah lama runtuh dimakan anai-anai @  kok kiok.
tak tahu nak mula lagu mana ni. Tapi rasanya Cikgu nak mula menulis semula. bakat yang terendam akan terus tenggelam dan reput jika tak diangkat ke udara. mace xdok oksigen agaknya kalu bakat tak diasah.

Jul 26, 2011

Doa di hadapan Kaabah

Syukur kepada Allah, pada bulan Mac yang lalu, Cikgu telah berkesempatan untuk menjadi tetamu di Tanah Suci Mekah. Bersama suami dan anak-anak, cikgu merasa amat bertuah kerana dikurniakan rezeki dan kesihatan untuk mengunjungi bumi bertuah Madinah dan Tanah suci Mekah.
Ada banyak perkara yang Cikgu doakan semasa berada di hadapan Kaabah dan salah satu doa cikgu ialah cikgu memohon agar cikgu akan mejadi guru yang terbaik di dalam bilik darjah, serta permudahkan anak-anak murid cikgu menerima ilmu yang disampaikan oleh cikgu.
Cikgu juga memohon agar setiap keputusan yang cikgu ambil adalah yang terbaik untuk cikgu, bukan hanya baik untuk duniawi sahaja tapi juga beruntung di akhirat.
Cikgu sentiasa berdoa untuk kejayaan anak didik cikgu di SK Kg Laut walau cikgu tidak lagi bertugas di situ. Sebaik sahaja cikgu kembali bertugas selepas menunaikan ibadat umrah, cikgu dikejutkan dengan beberapa peristiwa. Cikgu terpaksa membuat keputusan dan cikgu doakan semoga keputusan cikgu adalah yang terbaik. Panggilan telefon dilayangkan kepada seorang sahabat baik Di PPD Tumpat, " Tolong, saya mahu bertukar dan saya mohon agar pertukaran secepat yang mungkin".
Alhamdulillah permintaan cikgu ditunaikan dan seminggu kemudian memo pertukaran telah sampai ke SK Kg laut. Cikgu di minta untuk ke SK Morak. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang berada di PPD Tumpat yang sangat memahami dan sentiasa menyokong cikgu disaat cikgu perlukan pertolongan.
14 tahun di SK Kg Laut adalah tempoh yang amat panjang. Banyak kenangan suka dan duka cikgu kutip di situ. Namun cikgu terpaksa mengalah pada keadaan. Mungkin Sk Morak memberi pengalaman baru untuk cikgu. Walau berat untuk memohon keluar dari SK Kg laut tapi cikgu bertekad, kerana di mana sahaja kita bertugas. cikgu tetap menjadi seorang guru yang mendidik anak-anak bangsa untuk mengenal cabaran ilmu. Untuk menarik balik keputusan cikgu, rasanya tak mungkin,Kata orang cikgu telah berpatah arang berkerat rotan untuk terus berada di SK Kg Laut. Untuk singgah ke SK Kg laut selepas ke SK Morak pun cikgu rasa berat. "Bila hati telah retak" kata Rubiah Suparman . Tapi memikirkan kawan-kawan yang ramai di situ cikgu gagahkan juga hati sekali-sekala mengunjungi SK Kg laut. Tempat jatuh lagikan dikenang......
Cikgu berdoa semoga penghijrahan Cikgu Ke SK Morak membawa sinar dalam kerjaya cikgu. Cikgu hanya ingin menjadi seorang guru yang ikhlas mendidik anak-anak bangsa dan sentiasa doakan cikgu....

Apr 14, 2010

MENGENANG TEACHER ANITA & CIKGU MAZNAH

kata Dr. HM Tuah
" ramai orang lebih suka dan selesa apabila dipuji dan selalu berharap agar dia menerima pujian setiap masa. kerana itu dia sanggup buat apa saja asal mendapat pujian. Dia sangka pujian sentiasa membawa keuntungan dan kejian membawa rugi"

Memetik kata-kata ini Cikgu terkenangkan Teacher Anita, seorang sahabat sejati yang sentiasa ikhlas dalam perbuatannya. kadang-kadang cikgu terfikir adakah cikgu akan berjumpa dengan seorang lagi Noor Anita yang sentiasa berterus terang dalam tindakannya.Teacher Anita sentiasa menegur apa yang salah dalam tingkahlaku cikgu. Walaupun kadang-kala kebenaran itu pahit.

cikgu juga sentiasa berterima kasih kepada Cikgu Maznah yang mendidik cikgu untuk menjadi seorang guru yang baik. Pujian yang diberi adalah bertempat dan teguran yang ditegur adalah yang membina.

Kadang-kadang cikgu sentiasa berdoa agar cikgu sentiasa dikelilingi oleh orang seperti Teacher Anita dan Cikgu Maznah. mereka berdua sentiasa berusaha untuk menjadi seorang saudara sejati. Sentiasa ingat mengingati antara kita, supaya kita tidak alpa dalam kehidupan.

sekali-sekala cikgu terfikir, kenapa berlaku keruntuhan dalam sebuah kerajaan.Dalam satu buku yang pernah cikgu baca(tapi sudah lupa tajuk buku tu), salah satu sebabnya kerana pemerintah sentiasa ingin medengar yang baik-baik sahaja menyebabkan para pembesar berbohong dan setiasa memberi pujian untuk pemerintah, sehingga pemerintah lupa bahawa setiap kerajaan pasti ada masalahnya. Tapi entahlah...cikgu tak boleh nak komen sebab tu pendapat seorang pengkaji politik. cikgu tak tahu pasal parti ni. kalau parti Tupperware cikgu tahu.

Cuma bila membaca buku Dr HM Tuah ni dan membaca buku-buku yang lain. Betul rasanya kata Dr HM Tuah, ' dalam satu-satu organisasi pujian itu adalah racun dan teguran yang pahit itu adalah ubat yang paling mujarab '. Kata Dr HM Tuah lagi," yang setiasa memuji walaupun salah itu dikenali sebagai KAKI BODEK"

Apr 3, 2010

AKTIVITI BULAN SAINS SKKL(2)

PERAH OTAK
TEKA TEKI SAINS

1. Di manakah anda dapat menjumpai sungai tanpa air, hutan tanpa pokok dan kampung tanpa rumah.

2. Apakah yang warnanya hitam apabila anda membelinya, merah apabila anda menggunakannya, dan kembali hitam apabila membuangnya.

3. Apakah yang bercakap tetapi tidak kelihatan, dan kedengaran hanya apabila dipanggil.

4. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk.

5. Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan.


SEKIAN SELAMAT MEMERAH OTAK
SCIENCE IS FUN


* Sila hantar jawapan teka-teki anda kepada Cikgu Wan Mohd Razi @ melalui guru sains masing-masing.
* tarikh akhir penghantaran jawapan teka-teki ialah pada 26. 4. 2010

Apr 2, 2010

AKTIVITI BULAN SAINS SKKL

KUIZ BERTULIS SAINS TAHAP 2

Planet Marikh juga Musytari
ingin diterokai suatu hari
Jika anda bijak bestari
sila jawab kuiz di bawah ini.

1. Beri 3 contoh haiwan mengikut kategori masing-masing.
a. haiwan berkaki enam
b. haiwan karnivor
c. haiwan yang mengeluarkan bau busuk
d. haiwan yang berbulu pelepah
e. haiwan tidak berkaki

2. Bahan yang mempunyai kebolehan yang membenarkan cahaya melaluinya terbahagi kepada 3 jenis bahan.
Nyatakan jenis-jenis bahan itu
material that abilities to allow light to pass through can classified to 3 type of materials.
State types of materials.

a.
b.
c.

3. Namakan objek-objek angkasa ini di sistem suria.
a. batu angkasa yang terapung di angkasa
b. planet paling besar di sistem suria
c. planet paling panas di sistem suria

4. Bina perubahan tenaga yang berlaku pada alatan ini.
a. Radio
b. Cerek elektrik
c. Televisyen

5. Senaraikan 3 perbuatan manusia yang menyebabkan kerosakan kepada habitat semulajadi haiwan dan tumbuhan.
a.
b.
c.

6. Senaraikan nama-nama planet bermula dari yang jauh sehingga yang paling hampir dengan matahari.

7. Namakan 2 haiwan mamalia yang bertelur.
a.
b.



SELAMAT BERKUIZ & SCIENCE IS FUN

*Sila hantar jawapan kuiz kepada Cikgu Faridah Hashim @ Cikgu Norwati Mohd Noor atau melalui guru sains masing-masing.
Jawapan juga boleh dihantar melalui email - dahliayusoff@gmail.com

*tarikh akhir penghantaran jawapan kuiz ialah pada 23.4.2010

Feb 8, 2010

ADAB BERGURU

ADAB BERGURU OLEH IMAN AL-GHAZALI

1. Apabila bertemu dengan guru hendaklah memberi salam.
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
3. Jangan bercakap sebelum guru bertanya.
4. Jangan bertanya sebelum meminta izin dan diizinkan.
5. Jangan menyangkal (tunjuk rasa tidak puas hati) terhadap guru.
6. Jangan mengisyaratkan kepada guru dengan menyalahi pendapatnya.
7. Jangan berbisik dengan rakan di sebelah ketika guru mengajar.
8. Jangan berpaling ke kiri dan ke kanan (bermain) di hadapan guru.
9. Jangan bertanya banyak soalan kepada guru ketika guru letih.
10. Apabila berdiri hendaklah berdiri sebagai menghormatinya.
11. Jangan mengikuti guru dengan pelbagai pertanyaan setelah guru meninggalkan majlis.
12. Jangan bertanyakan guru di tengah perjalanan sehingga dia sampai ke rumahnya atau ke tempat duduknya.
13. Jangan bersikap buruk sangka terhadap pekerjaan guru.

ADAB BERGURU MENURUT PANDANGAN SEORANG GURU

14. Jangan mengumpat / fitnah / menipu / bermusuh dengan guru.
15. Jangan main SMS / telefon ketika guru mengajar.
16. Jangan bersikap sombong terhadap guru yang tidak mengajar kita dan setelah guru itu tidak lagi mengajar kita.
17. Jangan pukul guru atau upah kawan, datuk, ayah, emak pukul guru.
18. Jangan engkar permintaan /suruhan guru selagi permintaan itu tidak menyalahi syariat agama /undang-undang / tatasusila.
19. Sentiasa berbudi kepada guru dan menyenangkan hati guru.
20. Ziarahi guru ketika dia sakit atau dalam musibah.
21. Sentiasalah mendoakan guru dirahmati Allah.

Jan 27, 2010

Sekolah Kebangsaan Kampong Laut dan murid-murid cikgu

Nik Nur Syamira(anak cikgu kamsiah) sedang mencari kenalan..
sapa nak berkenalan jumpa dengan cikgu kamsiah di pra sekolah


anak itik berenang-renang
anak ayam sakit urat
belajar sains bukannya senang
kena usaha dan kerja kuat


Tepuk amai-amai
belalang kupu-kupu
belajar biar pandai
buleh no. satu


4 harmonis... Sivik paling diminati,menarik dan seronok.
cikgu hok ngajar memang come..

6 Motivasi, kelas kesayangan cikgu
apa pun org nak kata... 6M sentiasa di hati


sapalah budak ni????dok hansemnya......


hensem boy!!! sapa nak buat menantu, hubungi cikgu Rosedah @ cikgu naim


Budak hok paling lawa dalam kelas 5 Bestari


The great papi.. ketawalah lagi.


???? susah nak diduga


Pen. Ketua Pengawas yang paling bijak dalam kelas.... Nadzirah Zakaria


Belajar rajin-rajin, baru dapat 5A


Murid-murid 6 Bestari tekun belajar sains. Tak dapat 'A' sains kena sekeh ko Cikgu Dahlia


Puan Hajjah Mahanum PKP yang dedakasi