ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH!!!!!

SEMOGA HIDUP KITA SENTIASA DIBERKATI ALLAH

Jan 27, 2010

Sekolah Kebangsaan Kampong Laut dan murid-murid cikgu

Nik Nur Syamira(anak cikgu kamsiah) sedang mencari kenalan..
sapa nak berkenalan jumpa dengan cikgu kamsiah di pra sekolah


anak itik berenang-renang
anak ayam sakit urat
belajar sains bukannya senang
kena usaha dan kerja kuat


Tepuk amai-amai
belalang kupu-kupu
belajar biar pandai
buleh no. satu


4 harmonis... Sivik paling diminati,menarik dan seronok.
cikgu hok ngajar memang come..

6 Motivasi, kelas kesayangan cikgu
apa pun org nak kata... 6M sentiasa di hati


sapalah budak ni????dok hansemnya......


hensem boy!!! sapa nak buat menantu, hubungi cikgu Rosedah @ cikgu naim


Budak hok paling lawa dalam kelas 5 Bestari


The great papi.. ketawalah lagi.


???? susah nak diduga


Pen. Ketua Pengawas yang paling bijak dalam kelas.... Nadzirah Zakaria


Belajar rajin-rajin, baru dapat 5A


Murid-murid 6 Bestari tekun belajar sains. Tak dapat 'A' sains kena sekeh ko Cikgu Dahlia


Puan Hajjah Mahanum PKP yang dedakasi

Jan 9, 2010

Penghargaan yang paling bernilai & APC yang termahal



Pada awal cuti persekolahan yang lalu cikgu dikejutkan dengan panggilan telefon dari seorang ibu kepada seorang murid. 'Betulkah cikgu akan ditukarkan?' satu pertanyaan yang amat mengejutkan.

'Sapa royak' tanya cikgu kembali.
'Ada seorang cikgu beritahu bahawa ada sekolah lain yang berniat untuk mendapatkan khidmat cikgu'.
'saya memohon bertukar untuk balik mengajar di SK Kutan atau SK Wakaf Bharu, dekat dengan rumah saya, tapi belum tentu dapat atau tidak.

''Rumah cikgu dan kg laut tak jauh, kami memohon cikgu janganlah tukar' rayu ibu tersebut.
Dua hari kemudian cikgu menerima panggilan telefon dari ibu murid yang lain pula, menanyakan soalan yang sama dan mengajukan permintaan yang sama.

Rasanya ada lapan panggilan yang cikgu terima dari ibubapa dalam cuti persekolahan bila mereka mendengar berita cikgu akan bertukar.
he..he sayang rupanya orang kampong laut denga cikgu.

23 Disember
Sk Kg Laut mengadakan majlis kesyukuran kerana kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2009.Seekor lembu ditumbangkan untuk menjamu ibubapa dan murid-murid tahun enam bersama guru-guru dan masyarakat Kampong Laut.
Kejayaaan 26 orang mendapat 5A adalah sejarah bagi kami sebuah sekolah kampong yang rata-rata adalah golongan miskin.
Antara ramai ibubapa yang hadir pada tiba-tiba seorang bapa menanyakan soalan mengenai berita yang didengarinya bahawa cikgu akan bertukar.'Saya tak akan tukar, permohonan saya tak diluluskan'. Ada riak gembira di wajah beliau.

Ucapan terima kasih yang cikgu terima dari ibubapa adalah penghargaan yang paling bernilai yang diterima oleh seorang guru.
Keprihatan dan kesungguhan ibubapa memujuk supaya kekal di sk kg laut adalah APC yang paling mahal berbanding APC jabatan yang mengikut giliran atau hanya untuk mereka yang pandai membodek . (Cikgu Asmadi selalu kata " Dah, mu antara cikgu hok paling tak pandai bodek).
Walaubagaimanapun suatu hari nanti cikgu amat berharap dapat berkhidmat di kampong halaman cikgu.
Sesungguhnya SKKL adalah sekolah terbaik untuk cikgu berkhidmat.
Tetapi mengapa cikgu memohon pertukaran? Biarlah hanya detik hati saja yang berkata-kata sebabnya.

Cikgu percaya segala percaturan ini ada hikmahnya dan Allah tidak menguji hambanya jika kita tidak mampu menghadapinya.

Jan 5, 2010

Beutiful memories --sweet & bitter

SWEET & BITTER itulah color kehidupan kita. Mengimbas kenangan lalu memberi seribu makna. Pertemuan bersama kawan di alam persekolahan walaupun sekadar bertanya khabar di FB mengungkit 'beutiful memories'.
Jeng,jeng,jeng. sungguh tak percaya zahar yang dulunya handsome sekarang bedobok,.
Azlin yang macho pun dah botak.
Che Asiah .. wit wit still jelita seperti dahulu.
ishh.. jaja semangat do'oh la ni.
Tengok Fauzi x caya dia la budak hok ambo & Mek Na dok buli dulu.
Shasha, you always in my mind.
Raja Aminah @ yaya bakpo daring sangat.
Hakeem sukar untuk dibaca sahabat ku ini.
Nik Nasiruddin dok sengke budak x cukup zat rupanya doktor pakar kanak2 la ni
Imran(pentadbir FB- smjbmaher) thanks atas usaha anda.
dan ramai lagi. Alam persekolahan mendidik kita biar jadi ore, kalu jadi rimau atau rusa ish..ish....tak leh nak baye kita.
Tapi pertanyaan dari adik-adik junior 'betul ke ni Kak Dah yang baik tu dan Kak Dahlia tak pernah berubah' amatlah dihargai.
oppp. dok ingat: untuk D ingat lagi rupanya pada kenangan masa muda2 dulu. Sajak bunga-bunga hati tu oklah jugak. My hubby is everythings to me.

Kak Che Ku, Abg Jim, Abg Shamsul,Kak Timah & Abg Johan - tempat bermanja semasa IBKL. Pertemuan di FB mengembirakan hati. Kemaafan yang dipinta.Cek mek come yang nakal ni sudah lupakan dunia penulisan. Kenangan di Kemudi dan DBP hanya lipatan sejarah yang tak mungkin berulang. Ilmu yang dikutip bersama Dr Rahman Shaari(UM) masih berguna kerana kita tetap bergelar Cikgu. Walaupun kini cek mek come tidak lagi bergelar Cikgu BM tapi Cikgu Sains.

Siapa sangka abe rahim kini pensyarah di Polisas & sedang buat PHD di UTM & jadi jugak rupanya kawin dengan Kak Acu, junior kita dulu.Abg Zulfekar dah tak jadi cikgu la ni, komposer sepenuh masa. Abg Shamsul Anuar Nasarah pun dah jadi YB di Lenggong. Tapi dimana agaknya YDP 90/92 abg Husni dan isterinya kak Inah serta YDP91/93 abg Mat Desa dan isterinya kak Yati Paat.

Jan 4, 2010

Berenang -renang



Bakpo Adik Menangis????

Sejuknya !!!!


sedapnya.........






Jan 3, 2010

Go to school !!!!!!!!


it's lazy time!!!!!!!! back to school. seronoknya cuti dari jadi cikgu. Apa agaknya cerita tahun 2010. Yang pasti anak bongsu yang manja dah masuk tahun satu tahun ni. Semua bimbang dengan budak manja ni.kakak,angah dan abang termasuklah abahnya tertanya-tanya bagimana agaknya adik bongsu bila di sekolah. tapi mama percaya adik is the best. Mamakan cikgu sekolah rendah, so mama dah faham perangai budak darjah satu. Kesian adik, semua tak percaya adik boleh berdikari. Tapi pandai-pandailah adik mama bawa diri. Cuma mama nak ingatkan lepas ni komik kesukaan adik - DORAEMON - kena tukar dengan buku sekolah. Buku cerita doraemon tu kita simpanlah dulu.

Buat kakak - keputusan 9A amat membanggakan mama.

Untuk angah - teruskan kecemerlangan untuk sentiasa menjadi top student.

Kepada abang - pastikan abang berbaloi-baloi bergelar anak kesayangan mama

...........my hubby... tahun ni boleh tambah bajet shooping mama ???????

Jan 2, 2010

Bakpo kena ada blog?

There are many reason. The most impotant, I was recording my moment of here. The sweet, bitter and tasteless which is color of our life. Possible, the similarities and differences can be used as a guide in our lives.
And Cikgu saja nak expose kat budak-budak yang Cikgu dah ada blog sendiri.(riak la ni - mintaklah tak berdosa) Insyaalah lepas ni my student boleh la guna blog cikgucome ni untuk tujuan P&P Sains.(niat baik serta berfaedah - insyaalah dapatlah pahala)

Jan 1, 2010

Wish U Happy New Year

Happy New Year!!! Cikgu harap ketibaan tahun baru akan harapan baru kepada semua.
Beli seluar juga kain
singgah tengok baju Ben 10
bye-bye two 00 nine
welcome twenty and ten
Apa azam tahun baru semua? Azam cikgu pada tahun baru 1431H dan 2010 x sir beli handbag banyak2 doh (dugaan besar ni- hubby dearest pasti happy x payah beli almari baru nak letak koleksi mengarut bini dia).Tukar hobi : tahun 2010 beli buku banyak2 pulak, especially koleksi buku motivasi Dr H.M Tuah, seronoK!!!!!!! banyak ilmu yang kita dapat.Insyaalah tercapailah hendaknya.